|
بسم الله الرحمن الرحيم
       DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG/FONT SIZE="3"> | |
|
Bismillah Tag Links
Layout: vehemency |
Monday, October 19, 2009, 11:58 AM
AHLAN WA MARHABAN BIKUM
QURBAN DAN AQIQAH 1430 H / 2009M PULAU MADURA DAN PADANG INDONESIA “SEMBAHLAH TUHANMU DAN BERQURBANLAH!” ( Surah Al Kautsar : 2) "Tiada amalan anak Adam pada Eidl Adha yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menyembelih qurban. Sesungguhnya qurban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah qurban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu berqurban dengan hati yang bersih". Hadith Riwayat Tirmidzi MUQADDIMAH Sekelompok pelajar yang diasaskan untuk "Thalibul Ilm" yaitu menuntut ilmu agama berkerjasama dengan syarikat Al-Fawzaan Education Centre untuk memberikan khidmat kepada umat Islam diserata dunia. Ilmu sangatlah penting dalam kehidupan setiap insan. Alhamdulillah kami diberikan pelbagai kepakaran. Ilmu merupakan asas kepakaran kami. Atas hal ini, kami akan berkhidmat pada umat Islam dengan menteraskan ilmu Al-Qur’an dan As-Sunnah yang telah diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW. Dengan daya dan upaya, kami akan menghidupkan tradisi Islam yang murni ini dalam perkhidmatan yang akan kami tampilkan. KHIDMAT YANG DITAWARKAN QURBAN Kami menyalurkan haiwan qurban untuk diagihkan kepada umat Islam fakir dan miskin yang berada di kampung pendalaman di Pulau Madura dan Padang (Indonesia). KAMBING : $190 LEMBU : $1200 Tiada pembaziran!! Setiap bahagian sembelihan akan dimanfaatkan. VCD dan Sijil akan diberikan kepada peserta. AQIQAH Kami menerima tempahan Aqiqah sepanjang tahun dan pada Eid Adha. Kami menyediakan dua tawaran untuk Ibadah Aqiqah ini. Harga haiwan Aqiqah tidak dimasak adalah: $190 Harga haiwan Aqiqah yang dimasak adalah: $400 INFAQ BERAS Kami juga menerima infaq beras senilai $50 untuk diagihkan pada Fakir dan Miskin. BADAL HAJI Badal Haji untuk orang kesayangan anda yang sakit atau yang telah meninggal dunia. Perkhidmatan ini akan dilaksanakan oleh teman-teman kami yang masih belajar di:
Upah badal Haji adalah $2000/- Kami akan memastikan pelaksana badal Haji anda seorang yang jujur dan amanah dari kalangan mahasiswa yang kami kenal dan akan memberikan Sijil Badal Haji, gambar dan maklumat tentang pelaksana amanah ini. ![]() BERQURBANLAH!!! "Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah qurban sebagai bersyukur." (Al Kautsar : 2) "Daging dan darah binatang qurban atau hadiah tidak sekali- kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya adalah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu." (Al-Haj : 37) "Aku diperintahkan dengan menyembelih qurban itu dan ia adalah sunnah ke atas kamu". Hadith Riwayat Tirmidzi FADHILAT "Qurban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan." Hadith Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah & Al-Hakim "Hai Fatimah, berdirilah di sisi qurbanmu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu." Hadith Riwayat Al-Bazzar & Ibnu Hibban "Wahai manusia, sembelihlah qurban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah qurban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wa Jalla." Hadith Riwayat Thabrani DAFTARLAH SEGERA **Tempahan Terhad** Hantarkan borang ke alamat : Blk 305 Jurong East St 32 #02-152 S(600305) Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Muhammad Maliki: 8169 2979 Borang Pendaftaran ![]() Gambar- Gambar Qurban Di Kambodia 2008M/1429H Gambar-Gambar Qurban & Aqiqah di Indonesia 2008M/1429H Video Qurban di Indonesia 2008M/1429H |